
“Cover” Pemburu Wyvern @ Syok Sendiri!!
Jun 19, 2007Aduh, bosannya di pejabat hari ini. Tugasan yang bos beri beberapa minggu yang lepas sudah saya siapkan minggu lepas. Saya sengaja tidak beritahu bos kerana hendak mengelakkan diberi tugasan baharu.
Oleh kerana saya tidak dapat menulis sinopsis di pejabat (malam ini, insyaallah!), saya ambil keputusan memberi motivasi kepada diri sendiri (alasan! Sebenarnya syok sendiri!) dengan membuat “cover” novel saya yang bakal terbit. Muahaha!!! Mungkin ada sedikit parodi diilhamkan dari Siri Jibunsyi PTS.






Asalamualaikum.
Cover ini buruk!
Haha. Direct je kena dengan Sifu. Teruskan usaha membakar semangat. Huhu.
Alkisah novel ini berkisar tentang apa? Kalau boleh, saya pun hendak cuba design kan cover tu.
Waalaikumsalam,
Sifu, inilah yang terjadi apabila orang yang tidak berkelayakan buat cover. Lain kali saya akan buat yang lebih baik. Tapi cover ini hanya sebagai pembakar semangat untuk berkarya.
Sdr. Azree, haha, cubalah design covernya. Nanti saya buat pertandingan. Siapa yang menang saya bagi hadiah. Berkenaan Pemburu Wyvern, nantilah saya buat entri mengenainya lepas saya hantar sinopsis (dan di”approved”) oleh PTS, insyallah.