
Pemburu Wyvern 2
Jun 21, 2007Saya sempat mencuri masa membuat sedikit sinopsis semasa di pejabat semalam. Langkah yang bijak memandangkan pada waktu malamnya saya terleka menonton kedua-dua siri CSI. Semalam semasa “jalan-jalan cari bahan” di Internet, saya temu beberapa forum di mana peminat-peminat buku fantasi berbincang tentang definisi genre fantasi, dan elemen-elemen yang mesti ada pada sesebuah buku fantasi yang dikira berjaya. Antara elemen yang mereka tetapkan ialah magik dan “sesuatu yang tidak wujud dan mustahil” atau “out of this world”. Elemen yang tidak kurang penting juga ialah escapism. Ini membuat saya sedar tentang betapa kurang elemen-elemen ini dalam karya saya. Oleh itu saya bercadang akan menambah elemen-elemen ini dalam Pemburu Wyvern. Saya tersenyum sendiri memikirkan cara-cara saya akan berbuat demikian. Hehehe… Klu… Tentakel…
Entri terkini Saudara Firdaus dalam Studio Inspirasi juga menyedarkan saya tentang Watak Jahat Utama dalam Pemburu Wyvern. Saya hampir terlupa untuk mereka watak jahat yang erm.. baik. Oleh itu, perubahan mungkin terpaksa dilakukan terhadap “reveal” yang saya rancangkan pada buku akan datang dengan membawanya ke Pemburu Wyvern. Walaubagaimanapun, langkah ini masih belum konfirm.
Suatu perkembangan positif yang berlaku semalam ialah lahirnya seorang karakter baharu. Hihihi… Klu… Senapang gajah 50mm…
Tetapi nasib baik tiada perubahan besar yang terpaksa dilakukan pada jalan cerita dan plot. Saya juga mesti ingat untuk tidak menambah elemen-elemen yang kurang hanya semata untuk menambah ke”fantasi”an Pemburu Wyvern.
Pemburu Wyvern
Status Sinopsis: 50%
Status Manuskrip: 0%




