h1

Aduh, malunya…

November 26, 2007

Hari ini, seperti biasa saya melawat laman web Perspektif Zamri oleh Saudara Zamri Mohamad. Gambar di bawah ialah apa yang saya temui tertera di ruangan pautan di laman tersebut. Saya baru sedar hari ini!!!

what-the.jpg

Saya belum terbit buku dengan PTS. Tulis satu buku pun belum!!! Akibat selalu menangguh maka sampai kini sinopsis pun belum lagi dihantar (Saya tengah ‘bertungkus-lumus’ membuatnya…seperti biasa…). Maka, saya belum layak lagi dimasukkan dalam Keluarga PTS.

Walaubagaimanapun, mungkin ada hikmah di sini. Nampaknya terpaksalah sinopsis dimuktamadkan secepat mungkin dan dihantar kepada Saudara Mat Jan. Bak kata Mur Laferty, “I Should Be Writing”. Tetapi sebelum itu, saya tidur dahulu…zzz…

8 comments

  1. Oh, saya 200% ingat saudara sudah ada buku.

    Tak apa itu sudah boleh jadi satu doa :)

    Rasa sudah lama senarai itu disusun.

    Tak apa, saya kekalkan ya. nak buang memori 200% itu ambil masa.


  2. Ya, ya biarkan ia si situ. Setiap kali saya ke laman saudara, saya akan ingat apa yang perlu saya segera buat.


  3. hahaha…member panik la Zamri..hahahaha…saya ketawa besar melihat gambar kartun orang lidi merah itu..hahahaha…


  4. Saudara Panah, say abukan sahaja panik sekaang ini, bahkan mengalami tekanan yang amat besar.Gahhhh!!!!


  5. Mana buku?


  6. haaa, cepat menulis, habiskan cepat…kami menunggu master piece dari anda!1


  7. Tut….!!! tut….!!!
    Dengar itu? Itu bunyi enjin stim yang mengalami tekanan yang terlalu tinggi.


  8. Banyaknya bom udara tentera Jerman dari udara.!



Tinggalkan Komen