
Gah!!! KLIBF 2008!!!
April 6, 2008Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sedang berlangsung sekarang. Kempunan dan geram adalah dua perkataan yang sesuai untuk menjelaskan perasaan saya sekarang dan sepanjang pesta ini berlansung. Tidak pernah saya rasa kempunan sebegini kerana tidak dapat hadir ke sesuatu majlis atau pesta. Nasib baik saya ada wakil di Kuala Lumpur untuk menjalankan operasi khas membeli buku.
Kenangan KLIBF 2007
Saya hadir buat pertama kalinya ke KLIBF pada tahun lepas. Sepanjang KLIBF 2007 berlansung, saya pergi sebanyak tiga kali dan berbelanja macam orang gila. Sehingga sempat minta cuti setengah hari dari Bos semata-mata untuk pergi ke PWTC (pejabat dan tempat tinggal saya pada masa itu terletak di Jalan Tar, sekitar SOGO). Sehingga kini, rekod perbelanjaan beli buku pada hari pertama saya pergi ke KLIBF 2007 tidak pernah disentuh. Ingat, saya pergi sebanyak tiga kali.
Selain diskaun yang melampau (20%!!!), kesempatan bertemu penulis juga sangat mengujakan, walaupun mereka sekadar tandatangan buku yang saya beli (kerana saya malu nak berbual dengan mereka). Tapi paling saya ingat tentang KLIBF 2007 ialah kali pertama bertemu Arwah Ahmad Zafran (Panaharjuna) ketika arwah tandatangan buku “Tegar” yang saya beli. Sempat juga bertanya sama ada saya seorang penulis kerana handle saya.
Walau tidak dapat hadir kali ini, Insyaallah saya pasti hadir tahun depan. Saya ingin ucapkan Selamat dan “All the Best!!!” untuk semua penulis PTS, khususnya kenalan seperti Firdaus Ariff, Nazri (Vovin), Zamri dan Zaki (Kangag) yang mempromosikan buku mereka di KLIBF 2008. Semoga buku anda semua laku keras!






