h1

BERITA DAN CERITA TERGEMPAR!!! YAY!!!

Jun 5, 2008

Saya ada satu cerita petang ini. Tiada langsung kaitan dengan kenaikan harga minyak mulai hari ini.

Saya sedang berehat di hadapan televisyen setelah makan malam sementara menunggu waktu maghrib tiba. “Abang, nah… Ini surat daripada DBP kepada abang.”

Adik saya memberikan sebuah sampul surat berwana putih yang sedikit besar. Tertera alamat DBP di bahagian atas dan alamat rumah di tengah.

“Oh, mungkin ini surat “Rejection” untuk cerpen yang pernah saya hantar kepada Dewan Kosmik empat atau lima bulan yang lepas. Tetapi sampul surat ini ternyata sedikit ‘berisi’,” fikir saya sambil merasa-rasa sampul itu dengan tangan.

Saya pun membuka sampul itu dan terus dapat lihat sebuah majalah di dalam sampul itu. “Eh, mengapa pula DBP susah-susah kirimkan saya…. Adakah?”

Majalah itu terus dikeluarkan dari sampul. “Dewan Kosmik!”

Tanpa membuang masa, bahagian belakang majalah diselak. Ruangan Cerpen Sains Fiksyen diperiksa. Nama penulis terus diteliti.

‘…oleh ABDUL MU’MIN JARNI…’

Tajuk cerpen pula diperhati.

‘…ADVENCER OMEGA Memori dan Identiti…’

Untuk pengetahuan sesiapa yang tidak tahu, ABDUL MU’MIN JARNI ialah nama saya dan ADVENCER OMEGA Memori dan Identiti ialah cerpen yang saya sumbangkan kepada Dewan Kosmik beberapa bulan lepas.

Ini bermakna saya boleh tulis ‘Penulis Sai Fai’ pada kad nama saya jika suatu hari nanti saya ada kad nama. Walaubagaimanapun, perkara yang lebih penting sekarang ialah untuk sesiapa sahaja yang membaca entri ini untuk BELI majalah Dewan Kosmik Edisi Jun 2008. Terus sahaja pergi ke muka surat 62 dan baca ADVENCER OMEGA Memori dan Identiti!!!

Alhamdulillah, karya pertama saya telah tersiar di Majalah Kosmik Edisi Jun 2008. Terima kasih kepada timbalan editor Dewan Kosmik, En. Khairulanuar Manshor kerana sudi memberi peluang kepada Advencer Omega.

Beribu-ribu terima kasih juga kepada Puan Ainon Mohd yang mendedahkan saya kepada Teknik Surah Yusuf yang telah digunakan untuk menghasilkan Advencer Omega. Juga kepada Saudara Firdaus Ariff kerana berkongsi ilmu tentang pengkaryaan.

Sekali lagi, jangan lupa beli Dewan Kosmik bulan ini. Harga minyak naik bukan alasan. Hehehe…

9 comments

  1. Tahniah! Nanti saya beli majalah Dewan Kosmik. Semalam masih belum ada yang baru di kedai.


  2. jemput datang ke blog baru saya ….


  3. turut terharu..! syabas!


  4. @ fadz
    Terima kasih. Terima kasih. :)


  5. hehehe dok tunggu novel hang plak ni … Dewangga Sakti 2 tinggai 2 bab nk kasik setel bro …ala citer budak2 je …


  6. weh, dah baca, afasal saya rasa macam dalam TRADIS dan ada watak Dr. Who, hehehe.. apa2pun, besh sebab ending yang semua org ternganga!


  7. @fadz

    Haha, terima kasih kerana sudi baca. Aku sebenarnya memang tidak sedar betapa karya aku itu sama dengan Dr. Who. Hanya beberapa minggu selepas dihantar baru aku tersedar. Tetapi, aku memang bangga dengan endingnya walaupun mungkin tidak ramai yang dapat tangkap.


  8. Salam,

    tahniah!


  9. @Rebecca Ilham
    Wassalam,
    Terima kasih!!!



Tinggalkan Komen