Ulasan: Hikayat Abdullah

Buku Hikayat Abdullah ini saya beli semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tempoh hari. Saya sangka bahawa ini ialah buku tentang Pelayaran Abdullah yang didengar semasa kelas sejarah di sekolah menengah. Padahal ini ialah hikayat ini dikarang selepas Pelayaran Abdullah. Saya sendiri menyangka bahawa Munsyi Abdullah hanya terkenal dengan Pelayaran Abdullah.

lisbn9831920805.jpg

Hikayat Abdullah dalam bentuk asalnya menggunakan bahasa melayu lama yang sukar difahami pada waktu sekarang. Saya pernah dengar seorang penulis mengatakan bahawa tulisan bahasa melayu yang digunakan Munsyi Abdullah tidak menggunakan noktah dan ayat-ayat hanya disambungkan dengan perkataan “arakian”. Hikayat Abdullah terbitan PTS Fortuna diadaptasikan oleh Hamzah Hamdani agar mudah dibaca dan difahami generasi sekarang. Perubahan hnaya dilakukan pada bab, struktur ayat dan diksi.

Hikayat Abdullah ialah biografi Abdullah bin Abdul Kadir yang dituliskannya sendiri. Abdullah menceritakan segala hal yang berlaku pada dirinya dan masyarakat selat pada masa pemerintahan Inggeris dan peralihan kuasa Inggeris kepada Belanda di Melaka. Disertakan secara detail juga kisah pembukaan Singapura dan pembangunannya pada awal abab ke-19. Abdullah juga turut menceritakan serta mengkritik gaya hidup dan kepercayaan masyarakat berbilang kaum di Melaka pada masa itu. Antara kisah yang menarik perhatian saya ialah cerita Abdullah tentang kepercayaan tahyul masyarakat melayu tentang penanggal dan polong. Abdullah menulis bab ini dengan teliti dari asal usul makhluk-makhluk ini serta cara membunuhnya tetapi tidak juga lupa untuk mengkritik kepercayaan tahyul begini. Beberapa kali dalam hikayat ini Abdullah menuyatakan kebenciannanya terhadap semua jenis perkara karut-marut yang diamalkan masyarakat pada masa itu.

Selain cerita tentang masyarakat, paling menarik hati tentang Hikayat Abdullah ini ialah ia sendiri sebuah dokumentasi sejarah. Segala kisah yang diceritakan berlatarbelakang peristiwa-peristiwa penting yang berlaku sekitar abad ke-19 di Selat Melaka dari pengembalian Melaka kepada Belanda kepada pembukaan Singapura. Kisah-kisah ini pula ialah diceritakan dari perspektif seseorang yang berada di situ semasa pada masa peristiwa-peristiwa ini berlaku. Tidak seperti buku teks sejarah, kita dibawa menyelami perasaan masyarakat pada waktu itu dan apa yang mendorong tindakan mereka. Kita juga dibawa bertemu tokoh-tokoh sejarah seperti Farquhar, Raffles, Lord Minto, dan Crawford. Dan sekali lagi kita dibawa bertemu mereka di “personal level” dan tingkah laku serta personaliti mereka diceritakan dengan teliti kerana Abdullah sendiri telah mendampingi mereka. Apa yang menarik ialah kebanyakan watak yang kita kenal sebagai jahat dalam buku teks seperti Raffles dan Farquhar pada pandangan Abdullah ialah tokoh yang beliau sanjungi. Kita seolah-olah bertemu sendiri dengan Raffles dan Farquhar.

Kegigihan Abdullah menuntut ilmu terutamanya dalam bidang bahasa dapat kita rasakan ketika membaca Hikayat Abdullah. Walaupun beliau sendiri keturunan peranakan Arab-India, beliau bukan sahaja mengusai bahasa melayu tetapi juga bahasa Tamil, Hindustan, Inggeris dan China. Beliau menyayangi ilmu dan bahasa Melayu itu sendiri. Dalam hikayat ini beliau banyak mengkritik kebodohan orang melayu sendiri yang enggan belajar bahasa Melayu.

Pada pendapat saya buku ini sangat berguna jika digunakan dalam pelajaran Sejarah di sekolah menengah. Tentu kelas sejarah lebih menarik dengan adanya teks sampingan seperti buku ini. Saya rasa bertuah kerana dapat mengenali Munsyi Abdullah dan terkesan sekali dengan kisah hidupnnya dalam mencari ilmu.

 

 

15 thoughts on “Ulasan: Hikayat Abdullah

  1. Yuvensius S. berkata:

    gimana cara dapatin buku ini?

  2. Yuvensius S. berkata:

    maksud saya tolong kirimkan penerbitnya apa?

  3. warisjagat berkata:

    Salam,
    Maaf kerana lambat reply.
    Buku Hikayat Abdullah ini terbitan PTS. http://pts.com.my/
    Boleh didapati di e-kedai.net
    http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=768

  4. azis berkata:

    salam…sy minta kebenaran untuk letak link awak di blog sy utk ulasan buku ini ya

  5. […] dah lama nak memiliki buku ni, best tau rugi kalau tak baca…akhirnya dapat jugak…tak pandai la pulak sy nak ulas lebih2 pasal buku ini…apa kata kita jenguk kat blog ini […]

  6. warisjagat berkata:

    Alaikumsalam,

    Azis, silakan… silakan.

  7. GONZALEZ berkata:

    buku ini mmg bagus sekali untuk tatapan anak bangsa melayu..
    abdullah munsyi mmg seorng pengkritik dan pemerhati yang sangat teliti pemerhatiannya..
    kritikannya walaupun cukup pedas tetapi disertai dgn bukti itu sebenarnya adalah realiti dan mentaliti sebenarnya masyrakat melayu dan juga pemerintah melayu..
    bukunya adalh merupakan sesuatu catatan yg ikhlas dan cuba melawan arus jika dibandingkan dengan teks2 melayu sebelum ini yang hanya menceritakan sejarah golongan atasan dan kesaktian serta kekuatan golongan pemerintah tanpa menceritakan tentang kehidupan golongan bawahan pada masa tersebut..
    buku2 abdullah munsyi ini sepatutnya menjadi teks wajib @ komponen sukatan sejarah di sekolah menengah..

  8. Harris berkata:

    Saya baru je baca buku ni. sebelum baca tak sangka langsung ianya kisah hidup Abdullah Munsyi sehingga tahun 1843. Inilah kisah sejarah sebenar. Saya pernah cuba membaca ‘Kisah Pelayaran Abdullah’ versi bahasa Melayu lama, tapi separuh jalan sahaja sebab susah nak menghayati ejaan Melayu lama.
    Dari tulisan Abdullah juga dapat kita ketahui faktor2 utama bangsa Melayu tak maju dari zaman dahulu disebabkan oleh kurangnya penekanan ilmu sejak kecil. bahasa melayu juga tidak di pelihara dengan baik serta terlalu kuat dengan mentaliti mengikut adat.
    Dan setiap kerajaan Malyu yang bangn dan jatuh disebabkan oleh anak2 raja yang bebal dan tidak dididik dengan ilmu yang betul. contoh seperti pakaian tidak boleh cantik dari raja, perahu tidak boleh dibina lebih besar, cantik berukir, atau canggih dari raja. segala2 barang dirampas sesuka hati oleh anak dan hamba raja yang angkuh dgn kedudukan mereka.
    Amat malang bagi setiap kerajaan Melayu dengan Sultan yang bijaksana, seperti Sultan Mansur Shah,
    negeri yang maju dan kaya hasil usaha Sultan dihancurkan sekelip mata oleh golongan anak2 raja yang bebal tidak berilmu. mereka hnya suka merampas harta benda, anak dara, dan lain2 dengan kuasa rajanya. ekonomi negeri semakin merosot, rakyat hidup ketakutan dan melarat, akhirnya rakyat lari ke tempat lain. tinggallah negeri yg maju dan kaya menjadi sejarah..
    Lepas ni konfirm baca kisah pelayaran Abdullah plak.:)

  9. warisjagat berkata:

    Salam Saudara Harris dan Gonzales,

    Terima kasih kerana sudi baca dan memberi komen.

  10. najibah berkata:

    Salam Waris Jagat,

    Lama saya tak singgah ke sini. Selalunya senyap2, tapi hari ini mahu kongsi cerita.

    Kalau tidak salah saya, Hikayat Abdullah memang dijadikan buku teks di kolej tertentu di Indonesia – dan seorang kenalan saya di sana berasa pelik sebab buku ini tidak begitu dibaca di negara kita.

    Saya memang sokong kalau buku ini diajarkan dalam kelas sejarah atau sastera melayu. Sukatan sastera inggeris pun mementingkan buku-buku lama yang bersejarah, bukan buku-buku moden dan popular.

  11. Siti Arfishah Abidin berkata:

    Salam semua… Saya adalah peminat kepada buku-buku tulisan sejarah… Saya sudah pun memiliki dan menghayati buku Hikayat Abdullah.. Sekarang saya sedang mencari buku Kisah Pelayaran Abdullah, dimana saya boleh mendapatkannya?? Terima kasih…

  12. suhaimi berkata:

    berapa harga buku hikayat abdullah dimana boleh beli

  13. sukses berkata:

    mana nak cari buku pelayaran abdullah ye? susah nak dapatla…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: