Life on Mars: Kelainan Dalam Genre Siri TV Sai Fai

Saya rasa bersalah kerana membiarkan blog in tidak diupdate. Maka hari ini saya ambil sedikit masa untuk tulis sedikit ulasan tentang siri TV Life on Mars yang telah tamat musim pertamanya dua minggu yang lepas. Saya tahu tidak ramai orang yang tahu tentang siri sai fai ini. Maklumlah, ia disiarkan BBC Entertaiment, siapa hendak tonton?

 

lom_headers.jpg

 

Saya kenal akan siri ini apabila terbaca reviu dan artikel mengenai siri ini dalam majalah-majalah sains fiksyen yang saya belek di Borders. Rata-rata siri ini diberi pujian yang tinggi oleh peminat sains fiksyen. Jadi apabila saluran BBC Entertaiment di Astro mula menyiarkan siri ini, saya mula mengikutinya dengan sabar setiap minggu.

Life on Mars mengisahkan Detektif Sam Tyler yang terperangkap di tahun 1973 selepas mengalami sebuah kemalangan di tahun 2006. Sedar-sedar, dia bangun dan mendapat tahu dia berada di tahun 1973. Anehnya, dia masih lagi seorang detektif yang juga dikenali sebagai Sam Tyler. Cuma kali ini dia seorang polis yang baru berpindah dari tempat lain. Masih lagi berada di tempat yang sama dia bertugas pada tahun 2006 iaitu Manchester (cuma pada waktu yang berlainan), dia ditugaskan bersama pasukan CID yang diketuai oleh Gene Hunt.

Oleh kerana Sam Tyler ialah seorang polis yang berdedikasi dan lurus bendul (follows everything by the book), siri ini selalunya menonjolkan konflik antara Sam dan Gene. Walaupun berdedikasi seperti Sam, Gene banyak menggunakan taktik kotor dalam menyelesaikan kes jenayah. Antara taktik yang digunakan Gene ialah mengada-adakan bukti dan menggunakan kekerasan ketika soal siasat. Sam juga bingung apabila kebanyakan prosedur polis yang dia sudah biasa gunakan belum dihasilkan pada tahun 1973. Apabila Sam mula menggunakan prosedur yang pelik pada pandangan rakan sekerjanya pada tahun 1973 (seperti tumpuan kepada crime scene investigation, crime history dan autopsi), selalunya dia akan mengatakan bahawa ia cara polis di tempat lamanya bekerja. Sam tidak menceritakan bahawa dia berasal dari masa hadapan kecuali pada seorang pegawai polis wanita, Annie Cartwright. Walaubagaimanapun, Annie hanya menganggap kata-kata Sam sebagai gurauan.

 

life_on_marskkkk.jpg

Gene Hunt, Sam Tyler dan Annie Cartwright

 

Siri ini juga memfokuskan dilema dan tekanan yang dialami Sam untuk kembali ke 2006. Tetapi masalahnya dia tidak pasti samada dia benar-benar sudah kembali ke masa lampau ataupun sebenarnya sedang koma. Sepanjang siri ini, Sam kadang-kadang terdengar suara-suara (yang keluar dari radio, televisyen dan sebagainya) doktor, jururawat, keluarga dan rakan-rakannya yang mungkin sedang melawatnya ketika dia sedang koma. Pelbagai cara yang Sam gunakan untuk kembali (ataupun sedar dari komanya), tetapi setakat setakat musim pertama, semuanya gagal. Selain itu, Sam juga dihantui visi misteri yang semakin jelas pada setiap episod.

Sesungguhnya Life on Mars lebih kepada drama polis old school daripada sains fikyen. Bayangkan gabungan Starsky and Hutch dan Back to the Future. Ia tidak mengikut klise-klise yang terdapat dalam genre Time Travel, seperti hero yang mendapat kelebihan kerana mempunyai lebih pengetahuan tentang perkara yang akan berlaku, ataupun mempunyai alat-alat dari masa hadapan. Sebaliknya Sam mengalami kesusahan kerana perkara-perkara yang dia tidak tahu tentang 1973.

Fokus kepada tekanan yang dialami Sam dan penyiasatan kes jenayah menjadi titik kelainan pada siri ini. Sam sentiasa mencari jalan untuk kembali ke waktu asal, tetapi dia sendiri tidak pasti sama ada dia sedang berimaginasi atau sebaliknya. Kita akan sentiasa tertanya-tanya situasi sebenar yang Sam sedang alami.

Episod terakhir bagi musim pertama Life on Mars telah disiarkan dua miggu yang lepas. Saya masih tidak tahu bila BBC Entertaiment akan menyiarkan musim kedua dan terakhir. Tidak seperti siri TV US, siri TV BBC hanya ada kurang daripada belasan episod, tetapi mempunyai masa tayangan yang lebih panjang iaitu kira-kira 50 minit berbanding 40 minit untuk siri TV US, jadi tidak memerlukan pelaburan masa yang tinggi dalam jangka masa yang panjang. Remake Life on Mars untuk pasaran US juga sedang dalam pembikinan dan akan disiarkan pada tahun 2008. Ia akan diterbitkan oleh penerbit tersohor David E. Kelly.

Jadi sesiapa yang mahu kelainan dalam genre time travel silalah download siri ini di kedai-kedai torrent yang berdekatan, ataupun boleh beli boxset DVDnya jika ada, ataupun tunggu BBC Entertaiment menyiar kembali musim pertama siri ini (selalunya apabila musim seterusnya akan disiarkan).

One thought on “Life on Mars: Kelainan Dalam Genre Siri TV Sai Fai

  1. ibnuariff berkata:

    Hmm, konsep cerita yang menarik. Muak juga asyik menonton siri US dan Jepun sahaja!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: