The Illustrated Man oleh Ray Bradbury

a560_1jjjjjjjj.JPG

The Illustrated Man  ialah koleksi 18 cerpen sains fiksyen karangan mahaguru sains fiksyen Ray Bradbury. Saya beli buku ini bersama Gateway karangan Prederik Pohl di Payless Bookshop di One Utama. Saya akui saya tidak pernah dengar tentang The Illustrated Man sehinggalah terbaca bahawa David Snyder (Pengarah 300!!) akan buat sebuah filem berdasarkan buku ini. Jadi apabila terlihat buku ini di kedai, saya terus rembat. Tetapi setakat  ini tidak diketahui yang mana satu daripada 18 cerpen yang akan diadaptasi.

Buku ini dimulakan dengan pertemuan pencerita dengan The Illusrated Man, seorang lelaki misteri yang seluruh badannya bertatu. Tatu atau illustrasi yang terdapat pada lelaki ini sentiasa berubah seperti layar filem, menceritakan kejadian yang telah berlaku, sedang berlaku dan bakal berlaku. Jadi 18 cerpen yang terdapat dalam buku ini ialah cerita-cerita yang dilihat oleh pencerita melalui ilustrasi di badan The Illustrated Man.

Sebenarnya cerita mengenai The Illustrated Man itu sendiri tidak penting. Tetapi, 18 cerpen yang dikarang oleh Ray Bradbury dalam buku ini adalah antara cerpen sai fai terbaik (ataupun dalam apa-apa genre sekalipun) pernah saya baca. Kebanyakan cerita dalam buku ini mempunyai tema yang sama, tentang kemanusian dan aplikasi teknologi serta kesannya terhadap kehidupan. Oleh kerana cerita-cerita ini dikarang selepas Perang Dunia Kedua dan ketika era Perang Dingin, ia juga banyak menyentuh tentang peperangan yang melibatkan bom atom (atomic war). Ray Bradbury juga tampak sangat berminat dengan Planet Marikh, dengan kebanyakan babak luar Bumi terjadi di Planet Marikh (sudah tentunya sudah di”terraform”).

Hampir kesemua cerita dalam buku ini saya sukai. Ceritanya pelbagai, dari kisah sepasukan angkasawan di planet yang sentiasa hujan (“The Long Rain”) ke kisah sepasang suami isteri yang melarikan diri ke zaman lampau (“The Fox and The Forest”). Tetapi saya paling suka cerita terakhir “The Rocket”. Ia mengisahkan seorang ayah yang ingin pergi ke angkasa lepas tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana mengenangkan keluarganya.

The Illustrated Man telah berjaya menambat hati dan imaginasi saya. Walaupun diterbitkan pada tahun 1951, kisah-kisah yang ditonjolkan masih menarik dan berkesan. Ray Bradbury benar-banar telah membuktikan bahawa bagaimana beliau adalah seorang Master of Imagination.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: