Dari Halloween ke Room 13

Menjelang Halloween, hampir semua laman web yang saya selalu pergi kecoh dengan sambutan berkenaan dengan menghidangkan artikel mengenai hantu dan apa sahaja yang ada sifat-sifat hantu. Cinematical.com (laman web tentang filem yang saya paling suka selepas Joblo.com), hampir setiap hari mamaparkan senarai-senarai filem horror dengan kategori seperti filem “Hottest Chicks of Horror” kepada “Halloween Flicks That Could Ruin Relationships”. Laman web permainan video seperti Kotaku.com dan Joystiq.com pula mengadakan pertandingan mengukir labu (pumpkin).

Ketika ribut inilah saya ketemu link untuk artikel yang menarik bertajuk “Top 15 Most Famous Ghost Pictures”. Saya dapati yang gambar-gambar yang dipaparkan tidaklah seram sehingga saya baca deskripsi di bawah setiap gambar! Saya selalu dengar pendapat bahawa manusia takut akan apa yang dia tidak ketahui, tetapi kali ini yang sebaliknya pula berlaku. Perasaan seram ini membuat saya berfikir tentang perasaan yang sama ketika membaca buku.

2007-10-31_120230.jpg
Tidak seram… sehinggalah anda baca deskripsinya

Buku paling seram yang saya pernah baca bukanlah sebuah buku fiksyen tetapi sebuah buku non-fikyen (bergantung pada pendapat anda tentang perkara ini) yang saya tidak ingat tajuknya. Tetapi saya masih ingat yang buku tersebut ialah sebuah buku berkenaan perkara paranormal khususnya kes-kes hantu, rumah hantu, poltergeist dan lain-lain. Ada beberapa artikel tentang rumah hantu dan sebab-sebab rumah tersebut berhantu benar-benar menaikkan bulu roma saya. Ya, sebuah buku non-fiksyen, kumpulan artikel-artikel dan fakta telah berjaya menakutkan saya.

Tetapi buku fiksyen juga boleh menyeramkan. Ketika masih remaja, saya dan abang saya suka membeli buku cerita bahasa inggeris yang telah diringkaskan (abridged) menggunakan duit poket yang kami kongsi (ada kisah menarik tentang perkara ini, akan saya ceritakan lain kali). Antara buku-buku yang kami beli ialah Dracula, Frankenstein dan dua koleksi cerita seram pendek yang sekali lagi saya telah lupa tajuknya. Salah satu koleksi cerita pendek tersebut ialah dari Bram Stoker, dan salah satu cerita pendeknya yang berjudul “The Judge’s House” benar-benar menyeramkan saya ketika itu. Anda boleh baca ia di sini. Koleksi cerita pendek kedua bertajuk Room 13 (bukan Room 13 dari Robert Swindells, tetapi saya rasa Edgar Wallace), koleksi cerita seram daripada seorang penulis yang saya sudah lupa namanya. Cerita pertama dari koleksi tersebut bertajuk Room 13 juga berjaya membuat darah muda saya ketika itu beku kerana seram sejuk.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: