Nuriazam Ismail dan Sindrom VX buat saya sakit hati!!!

  unknown.jpg

Judul : Sindrom VX
Pengarang : Nuriazmi Ismail
Penerbit : PTS One Teen
Genre : Novel Remaja/Sains Fiksyen
Mukasurat : 368 halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 9789833653928

Saya baru sahaja selesai membaca buku sai fai terbitan PTS Teen berjudul Sindrom VX. Saya rasa ini adalah karya sulung Nuriazam Ismail (Nurie buat sesiapa yang pernah baca Umbra seperti saya) kalau saya tidak silap. Jika benar ini adalah karya sulung beliau, maka saya secara rasminya cemburu dengan kehebatan Sindrom VX. Saya telah menjadi murung buat beberapa jam sebaik sahaja sampai ke bahagian pertengahan novel ini. Ya, Sindrom VX sehebat itu.

Sindrom VX mengisahkan wabak penyakit misteri (yang digelar Sindrom VX) yang menyerang penduduk wilayah Nuvia di Planet Kapri. Misteri timbul apabila para saintis gagal menemui punca kepada wabak ini serta sikap acuh tak acuh pihak pentabiran Nuvia mengatasi wabak ini. Apabila mendapat tahu yang serum untuk merawat Sindrom VX boleh diperolehi di sebuah planet misteri bernama Gonea, Ariana dan  Eugene menjalankan misteri rahsia ke Planet Gonea. Dalalm perjalanan ke Planet Gonea mereka berdua bertemu dengan Rizo dan Harry yang kenudiannya turut serta bersama mereka meneruskan misi ke Gonea.

Sindrom VX ialah sebuah sai fai action adventure, yang mempunyai adegan aksi paling panjang dan tidak henti-henti pernah saya baca. Cerita diselangi dengan interaksi antara karakter yang menarik serta lucu dengan bahasa yang mudah. Diselit juga subplot berkenaan penduduk Nuvia dan karakter-karakter lain. Subplot tentang Eugene dan Rob antara yang menghiburkan saya. Semuanya seperti sebuah filem sai fai 60-an yang cheesy (in a good way).

Kekuatan Sindrom VX ialah pada perkembangan karakter terutamanya Rizo. Selain itu, elemen sai fai yang disertai adegan aksi dan tidak lupa konspirasi juga membuat Sindrom VX sangat kuat dan solid. Saya ucapkan tahniah kepada saudara Nuriazmi Ismail kerana percubaan yang benar-benar berjaya memecahkan otak saya. Dan ini buat saya sangat sakit hati!

6 thoughts on “Nuriazam Ismail dan Sindrom VX buat saya sakit hati!!!

  1. emio berkata:

    salam..

    hahaha.. hantu btull. buat saspen pakcik jer.. ingat tadi hang nak gi berperang dgn nurie ke.. kok dia ada tiru idea hang ka.. pe ka..

    rupa2nya menda lain. hahaha.. lawak btul.. takper bro.. hang truskan perjuangan buat cite hang tu.. pakcik pun x siap2 lagi ni..

    dah baca reviu ni.. ingat pas ni jumpa cik nurie ..dpt diskaun.. hehehe.

  2. Fatin Aisyah berkata:

    Selesai sahaja saya baca buku ini, saya mula tertanya-tanya, macam mana dan kenapa manusia boleh sampai ke Nuvia. Dan kawan saya pula selalu panggil saya sindrom apabila saya baca novel ini.

    Nanti abang Azam buatlah novel yang lagi best.

  3. Nuriazam Ismail berkata:

    Assalam….

    Aduh! Rasa mahu ketawa pula selepas baca review Sindrom VX. Terharu pun ada sikit. Apa-apa pun terima kasih kepada sesiapa yang sudah membaca dan membeli Sindrom VX. Si Waris Jagat mampu membuatkan orang seperti Emio terkejut beruk. Hahaha! Fatin Aisyah pun tidak kurang juga rocknya apabila sudi membaca novel ini. Yeah! Steady, Fatin!
    Saya ada hasilkan Sai Fai baru dengan PTS Fortuna dengan tajuk Parameter Aquila. Adegan aksinya melampau-lampau dan mungkin mampu meningkatkan paras adrenalin kamu semua. Sesiapa yang sudah baca dan beli, saya tabik spring! Okey! Junoa lagi! Bai, bai….

  4. Nuriazam Ismail berkata:

    Maaf, ada kesilapan ejaan di atas. Bukan junoa, tapi jumpa lagi. Kelam kabut sangat.

  5. emio berkata:

    cehhh.. giler kentang lama dah post ni.. 2007.. baru ko nak balas.. sib baik internet ni dunia semu tanpa had..

    memang best abe nurie nih.. rajin mengomik.. rajin pula menovel..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: