Buku dan membaca buku

Ada banyak buku yang tersusun rapi di rak kecil dalam bilik saya… menunggu untuk dibaca. Sebelum ini, saya hanya baca satu buku sehingga tamat. Tidak ada buku lain yang akan dibaca selagi buku yang saya tengah baca tiba di muka surat terakhir. Tetapi kadang-kadang mood tidak membenarkan saya membaca pada suatu masa. Tambahan pula nafsu saya membeli buku setiap minggu memang tidak dapat dibendung. Buku-buku yang menunggu giliran untuk dibaca pun bertambah. Jadi saya ambil inisiatif dengan membaca beberapa buku pada sesuatu masa. Jika saya tidak ada mood untuk baca satu buku, saya akan baca buku yang lain (Mengapa saya tidak buat begini sebelum ini??).

Buku-buku yang sedang saya baca (kebanyakannya sai fai, boleh cadangkan saya buku non-fiksyen yang bagus): –

Neuromancer karya William Gibson– Gila. Memang susah membaca buku ini. Kadang-kadang saya tidak tahu apa yang berlaku dalam satu-satu babak. Terlalu banyak terma-terma yang dibuat-buat sehingga saya hilang tumpuan. Saya beli buku ini beberapa bulan yang lalu dan sehingga sekarang saya tidak selesai lagi membacanya. Cyberpunk, punggung saya!!!

dan_simmons_olympos.jpg

Olympus oleh Dan Simmons – Olympus ialah sambungan kepada Ilium. Karya sains fiksyen yang sungguh mengasyikkan. Bayangkan gabungan mitos greek, mesin nano dan robot. Aduh! Terima kasih kepada Tian Lun kerana pinjamkan buku-buku ini.

xwroguesquadron1.jpg

Star Wars: X-Wing Rogue Squadron tulisan Michael A. Stackpole – Baru sahaja mula baca buku ini. Saya sudah selesai dua buku Stackpole, A Secret Atlas dan Cartomancy. Kedua-duanya dari siri Age of Discovery. Boleh tahan jugalah Stackpole ni. Tapi oleh kerana saya ini “anak murid” Stackpole, saya ada bias sedikit. Ini buku pertama “Expanded Universe” Star Wars yang saya baca. Harap-harap tidak mengecewakan (kerana ada lima atau enam lagi sambungan kepada siri X-Wing ni).

Insyallah, jika nafsu tidur saya dapat dikawal, menjelang bulan depan, dapatlah saya keluarkan senarai yang baru…zzz…

3 thoughts on “Buku dan membaca buku

  1. vovin berkata:

    William Gibson memang susah nak dibaca.

    Ilium belum baca. Selalu tergerak nak beli.

  2. rastom berkata:

    Satu buku non fiksyen yang ditulis oleh seorang penulis fiksyen tersohor Stephen King ialah “On Writing”. Melakarkan pandangannya mengenai kerja sebagai penulis. Cuba cubalah.

  3. warisjagat berkata:

    Salam,
    @Vovin: Ilium memang hebat sebab ada ‘badass’ seperti Odysseus dan Achilees. Tapi sesetengah orang kata Ilium dan Olympos karya Dan Simmons yang paling lemah, berbanding siri Hyperion.

    @Rastom: Terima kasih kerana rekomenkan “On Writing” tu. Tetapi saya sudah baca buku itu. Jadi saya rekomenkan balik kepada peminat Stephen King untuk baca ‘Eye of the Dragon’ tulisan Stephen King sendiri, sebuah ‘fairytale fantasy’ ala-ala ‘Stardust’ tetapi lebih hitam sisi gelapnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: