Advencer Angkasa

Entri ini bukan Ulasan (saya bias) atau Previu. Saya panggil ia SPOTLIGHT. Maka isinya kurang ulasan kritis dan lebih kepada perasaan dan pengalaman saya sahaja.

operacover.jpg
Tajuk: Opera Angkasa
Penulis: Nazri M Annuar
Penerbit: PTS Fortuna
Muka Surat: 296 (termasuk lampiran)
Harga:RM 21.00 (Sem. Malaysia), RM 24.00 (Sabah/Sarawak)
ISBN: 9789831921524

Saya pergi ke kedai buku dua hari lepas khususnya untuk periksa sama ada Sayap Adinila (setelah diperiksa di laman web PTS, akan berada di pasaran pada 8 Februari) atau Opera Angkasa sudah ada di pasaran. Saya tidak ketemu Sayap Adinila tetapi apabila Opera Angkasa terpampang di rak, terus kena sambar. Dan dengan magis dan misteriusnya, gadis di kedai buku mamak itu terus beri diskaun 10% kepada saya walaupun bosnya (yang selalunya beri diskaun) tidak ada. Nampaknya saya semakin hensem, Alhamdulillah.


Pertama kali saya dengar tentang Opera Angkasa ini beberapa bulan lepas semasa Bengkel Sai Fai anjuran PTS. Pelik rasanya apabila hasilnya sudah dapat dibaca. Tahniah kepada Saudara Nazri dan PTS Fortuna kerana secara rasminya line Buku Sains Fiksyen dan Fantasi sudah terbit (khususnya kepada saudara Mat Jan Uhuk!Bila!Uhuk!Nak!Uhuk!Baca!Uhuk!Sinopsis!Uhuk!Waivern!Uhuk!Aku!Uhuk!?) dan ada pada tangan pembaca. Sudah lama saya tunggu untuk beli buku-buku ini.

Opera Angkasa mengisahkan Arman, serta dua anak kapalnya Razi yang sarkastik dan Ted yang lurus bendul(ada adjektif lain yang saya nak gunakan tetapi spoil lah nanti!). Mereka mendapat upah dengan mengangkut kargo dari satu tempat ke satu tempat. Satu hari mereka diupah untuk membawa pulang anak saudara seorang senator yang bernama Faridah Hanum pulang. Dan selepas itu, bak kata orang putih, **** berlaku!

Apa yang aku suka pada novel kedua Saudara Nazri ini ialah dialog. Saudara Nazri buat aku cemburu kerana pandai buat dialog jenis “banter” yang selalu ada pada watak-watak Joss Wheadon. Sungguh bijas sekali!

Dunia ciptaan Saudara Nazri juga penuh dengan nama-nama yang pelik. Nama Faridah Hanum itu juga sudah boleh buat anda mengangkat kening. Sungguh tidak sesuai untuk sebuah sains fiksyen, tetapi ada sebabnya dan anda perlu beli dan baca dahulu.

!!!!Demi kesejahteraan manusia, jangan baca perenggan kedua sinopsis di belakang buku!!!

Opera Angkasa ialah novel kedua Saudara Nazri. Novel pertama beliau ialah Aliya Elyana yang saya juga pernah baca.

4 thoughts on “Advencer Angkasa

  1. ibnuariff berkata:

    Sayap Adinila sudah terbit, boleh beli terus dari aku.😀

  2. […] membaca karya-karya yang bakal diterbitkan. Dan selepas karya pertama dalam label ini bertajuk Opera Angkasa selesai dibaca, semakin geramlah saya hendak membaca novel sai fai dan fantasi melayu seterusnya. […]

  3. […] membaca karya-karya yang bakal diterbitkan. Dan selepas karya pertama dalam label ini bertajuk Opera Angkasa selesai dibaca, semakin geramlah saya hendak membaca novel sai fai dan fantasi melayu seterusnya. […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: