Sally Sparrow LAWAN Patung Malaikat Menangis

blink_doctor_who.jpg
Tajuk Episod: “Blink”
Tajuk Siri: Dr. Who
Episod 10 Siri 3
Laman Rasmi Dr. Who
Laman Rasmi Episod “Blink”
Laman Wiki untuk Episod Blink

Tahun lepas, saya tidak dapat lari daripada hype Internet tentang sebuah episod Dr. Who yang bertajuk “Blink”. Hanya tahun ini saya punya kesempatan untuk menonton sendiri episod ini. Hype itu semua amat benar. Ramai peminat setia Dr. Who mengatakan bahawa ia antara episod terbaik Dr. Who. Ia juga mendapat pencalonan untuk anugerah Nebula untuk Skrip Terbaik.

Setelah menontonya saya boleh nyatakan bahawa Blink sangat sesuai untuk mereka yang tidak pernah menonton siri Dr. Who. Doktor itu sendiri hanya muncul lima minit terakhir episod ini. Satu -satu perkara yang perlu tahu tentang Dr. Who ialah dia seorang pengembara masa (Time Lord) dan dia ditemani seorang “companion” wanita bernama Martha Jones. Mesin masa Dr. Who yang dipanggil TARDIS pula berbentuk pondok telefon polis.

homepage2.jpg
Doktor dan Weeping Angel

“Blink” mengisahkan Sally Sparrow (lakonan Carey Mulligan yang aduh! Sangat menyenangkan mata), seorang jurugambar yang memasuki sebuah rumah usang untuk menangkap gambar. Semasa sibuk mengambil gambar dia menemui amaran bertulis daripada Doctor Who supaya berwaspada dengan “The Weeping Angels”. Dia menyedari bahawa ada sebuah patung malaikat yang sedang menangis berada tidak jauh daripadanya.

Sally sekali lagi melawat rumah usang itu dengan rakannya, Kathy Nightingale untuk menyiasat dengan lebih lanjut. Semasa mereka menyiasat, seorang lelaki datang memberi surat kepada Sally. Lelaki itu mengatakan bahawa dia diamanahkan untuk menghantar surat itu kepada Sally oleh nenek lelaki itu sendiri yang bernama Kathy Nightingale. Pada masa itu juga Sally menyedari bahawa Kathy telah hilang.

5.jpg
Sally Sparrow dan Kathy Nightingale

Setelah menyiasat dengan lebih lanjut Sally mendapat tahu bahawa dia sedang berhadapan dengan satu bangsa/mahkluk asing pembunuh yang berbentuk patung malaikat (Weeping Angels). Apa yang menarik tentang Weeping Angels ini ialah mereka tidak boleh bergerak jika dilihat oleh manusia atau spesis mereka sendiri. Jadi untuk mengelak daripada dibunuh oleh Weeping Angels ini, seseorang perlu sentiasa melihat weeping angels itu dan mengelak daripada mengelipkan mata. Mereka juga membunuh mangsa mereka dengan metod yang sangat unik (dan penuh “belas kasihan”).

“Blink” ialah gabungan sempurna sai fai dan elemen seram yang nyata sangat memuaskan. Babak-babak yang melibatkan pergerakan dan mimik Weeping Angels itu adalah berkesan dan menyeramkan. Elemen pengembaraan masa juga digunakan dengan kreatif walaupun ada sedikit lubang plot seperti biasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: