Epik Pedang dan Kristal

Entri ini bukan Ulasan Buku (saya bias) atau Previu. Saya panggil ia SPOTLIGHT. Maka isinya kurang ulasan kritis dan lebih kepada perasaan dan pengalaman saya sahaja.

sayap2-s.jpg

Tajuk: Sayap Adinila (Saga Empayar Kristal)
Penulis: Firdaus Ariff
Penerbit: PTS Fortuna
Bil. Muka Surat: 265 (termasuk lampiran)
Harga: RM 19.00 (Sem. Malaysia), RM 23.00 (Sabah/Sarawak)
ISBN: 9789831922002
Laman Web Rasmi Firdaus Ariff
Laman Web Rasmi PTS
Baca 2 bab pertama serta lampiran Sayap Adinila DI SINI

Saya sangat kagum dengan PTS kerana mengambil inisiatif untuk menerbitkan karya-karya jantan sebegini. Jika tidak kerana PTS mungkin saya hanya dapat bayangkan lanskap buku Malaysia pada masa hadapan di mana hanya buku sastera yang dapat dibaham oleh pembaca lelaki.

Semenjak saya tahu dengan kewujudan program PTS Fortuna untuk memperkenalkan genre Sai Fai dan Fantasi dengan label.. emm… Sai Fai dan Fantasi, melonjak-lonjak gembiralah hati saya. Juga tidak sabar untuk membaca karya-karya yang bakal diterbitkan. Dan selepas karya pertama dalam label ini bertajuk Opera Angkasa selesai dibaca, semakin geramlah saya hendak membaca novel sai fai dan fantasi melayu seterusnya. Hilang juga kehausan saya suatu hari dengan adanya Sayap Adinila di tangan saya.

Sayap Adinila ialah novel sulung Firdaus Ariff dan buku pertama dari Saga Empayar Kristal. Beliau ialah seorang ‘award winning blogger’ di Malaysia dengan blognya Studio Inspirasi, blog yang saya layari secara obsesnya setiap hari. Mungkin pernah mencapai puluhan klik butang Reload dalam sehari.

Saya tidak sabar-sabar hendak membaca Sayap Adinila semenjak Saudara Firdaus memaparkan wajah kulit buku sulungnya di blog beliau. Amat beruntung juga dapat beli Sayap Adinila terus daripada Saudara Firdaus. Tambahan pula telah siap ditandatangan dan dapat dibeli dengan harga semenanjung (yang jauh lebih murah!). Kos penghantaran pula ditanggung Saudara Firdaus sendiri (Terima Kasih!).

Sayap Adinila mengisahkan pengembaraan Putera Fauzi dari Empayar Nilam dan rakan-rakannya, Lim dan Syah dalam mencari dua buah kapal udara bernama Rajawali Biru dan Rajawali Merah. Mereka terpaksa mencari dua kapal udara yang belum tentu wujud ini apabila Empayar Nilam telah diugut oleh Kerajaan Angkor, yang telah menculik salah seorang gabenor Empayar Nilam. Kerajaan Angkor mahukan Rajawali Merah dan Rajawali Biru sebagai pertukaran.

Dunia fantasi Empayar Kristal* daripada pengamatan saya ialah sebuah realiti alternatif yang berlaku di bumi ini sendiri (Real World Alternate Timeline?). Berlaku sekitar kurun ke 15 di mana wujud beberapa empayar dan negara-negara bebas. Saya bayangkan kisah dalam Sayap Adinila berlaku di Asia Tenggara berdasarkan nama Kerajaan Angkor.

Teknologi dunia ini berpaksikan teknologi kristal yang mempengaruhi ciptaan-ciptaan masyarakat dari pengangkutan awam ke persenjataan. Antara senjata yang diperbuat daripada teknologi kristal ialah pedang kristal yang menjadi senjata pilihan dalam dunia Empayar Kristal.

Pedang-pedang kristal inilah yang menjadi kegemaran saya ketika membaca Sayap Adinila kerana ada pedang kristal maknanya ada adegan aksi dan bergasak. Saya berterima kasih kepada Saudara Firdaus kerana menerangkan adegan berlawan dan aksi dengan teliti dan lebih panjang daripada biasa. Teruskan! Dan jika lebih ganas, itu adalah lebih baik!

Selain adegan gasak, Sayap Adinila diimbangi dengan adegan yang melibatkan minda. Saya tidak mahu ‘spoil’kan di sini, maka pembaca wajib beli dan baca sendiri. Sayap Adinila berakhir dengan beberapa persoalan yang masih belum terjawap. Tentunya untuk sekuel nanti (Paruh Adinila? Haha, gurau sahaja!) persoalan ini akan dirungkai. Jangan lupa beli Sayap Adinila di kedai buku berhampiran sekarang!!! Saudara Firdaus, teruskan usaha!!! Dan saya mahukan lebih banyak darah!!!

*Apabila dibuang saga, jadilah Empayar Kristal. Tapi perlu pengesahan dari Saudara Firdaus sendiri, apakah sebenarnya gelaran kepada dunia/universe ciptaannya.

7 thoughts on “Epik Pedang dan Kristal

  1. ibnuariff berkata:

    Pertama sekali, terima kasih kerana menulis spotlight ini. Maklumbalas sebegini amatlah saya hargai.

    Empayar Kristal? Buat masa ini, tiada nama khusus untuk universe ini. Ya, ia memang sebuah real-world alternate timeline dan bertempat di Asia Tenggara. Namun, skopnya akan lebih luas daripada itu. Nantikan dalam sequel Sayap Adinila. Hehe.

    Paruh Adinila? Working title sequelnya memang P**** A*** tetapi tajuk akhir bergantung kepada editor. Nama Saga Empayar Kristal: Sayap Adinila pun Vovin yang beri sebenarnya.

  2. […] Kaki: Terima kasih kepada saudara A.M Jarni kerana berbicara tentang Sayap Adinila!  Filed under Asia, Budaya, Novel, Konsep, Malaysia, Fiksyen Sains […]

  3. warisjagat berkata:

    Saudara Firdaus, sama-sama. Paruh Adinila itu sekadar gurauan sahaja. Jika benar-benar jadi….

  4. fadz berkata:

    wahhh, syabas..! Saya belum baca lagi tapi tampak mmg ia suatu keterujaan!

  5. fadz berkata:

    bila hang plak nak keluar buku?

  6. warisjagat berkata:

    @ Fadz
    Aaahhh…. Itu dia soalan yang sangat popular. Senantiasa menghantui kehidupan saya, biar ketika mandi ataupun semasa main PSP.

  7. kangaq berkata:

    Ya! Ya! Mana buku hang! Muahaha… <– sekarang aku leh eksen sebab dah ada buku :p

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: