Saintis dan Zombi

Tajuk: Jian
Penulis: Muhammad Fadli al-Akiti (Fadz)
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Bil. Mukasurat : 238 halaman
Harga: RM 10.00
ISBN: 9836283943
Laman Web Rasmi Muhammad Fadli al-Akiti
Laman Web Rasmi Dawama
Laman Web Rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka
Beli Jian DI SINI

Jian adalah antara buku sai fai melayu pertama yang saya baca dan novel pertama Muhammad Fadli al-Akiti (lebih dikenali sebagai Fadz, dan sangat ‘glamour’ dengan blog filemnya, Tonton Filem dan Kubu Buku).

Jian bukan sahaja ada saintis tetapi ia juga ada zombi. Maksud saya di Jian ada zombi… dan beberapa orang saintis selain beberapa orang kampung yang separa gila. Ya, Jian ialah nama sebuah daerah di Pahang di mana semua malapetaka yang diceritakan di dalam buku ini berlaku.

Kisah bermula apabila Dr. Amrin dan sahabatnya Dr. Leon menerima tawaran daripada seorang lelaki misteri bernama Dr. Razak untuk menyertai sebuah kumpulan penyelidik. Mereka ditugaskan untuk menyiasat dan menyelidik kesan daripada sebuah eksperimen kerajaan Malaysia yang mengalami malapetaka di sebuah kampung di daerah Jian 13 tahun sebelum itu.

Kedatangan kumpulan saintis ini dengan menyamar sebagai doktor-doktor yang ingin membuka sebuah klinik swasta di Jian dicurigai oleh ketua kampung (hmm… bijak juga orang tua ini) dan ini membawa beberapa konflik antara orang kampung dengan kumpulan saintis ini. Penyiasatan saintis-saintis ini juga serba sedikit membongkar rahsia yang ingin disimpan oleh penduduk kampung itu. Selain orang kampung dan saintis yang berada di Jian, terdapat juga subplot yang melibatkan juruteknik-juruteknik di sebuah stesen satelit.

Kebanyakan elemen sains yang ditunjukkan dalam Jian adalah berkaitan mikrobiologi. Satu cabang sains yang jarang ditemui dalam karya sai fai melayu yang pernah saya baca (kebanyakannya berkaitan angkasa). Babak eksperimen dipaparkan dengan teliti dan selari dengan cerita lalu mengelakkan ‘info dump’. Selain itu penggunaan rajah juga membantu pemahaman pembaca terhadap beberapa unsur teka-teki dalam cerita.

—mula ‘spoiler’—

Jika dalam filem zombi George Romero tidak pernah dijelaskan tentang asal usul kejadian zombi yang mengancam survival hero dan heroin, Fadz menerusi Jian bertindak sebaliknya dengan mengaitkan kejadian zombi dengan eksperimen yang telah dijalankan.

—tamat ‘spoiler’—

Selain itu, saya juga sangat suka babak aksi di hujung cerita yang suspen tahap dewa. Memang benar-benar mendebarkan dan antara adegan paling suspen yang pernah saya baca. (Babak bayar wang tebusan dalam “Satu Janji” karya Ramlee Awang Mursyid berada pada tahap paling suspen dalam senarai saya)

Akhir kata Jian ialah sebuah karya sai fai yang menghiburkan. Bahasa yang digunakan dan unsur saintifk yang dipaparkan adalah mudah. Jian sangat berbaloi dimiliki apatah lagi dengan harga yang begitu murah.

8 thoughts on “Saintis dan Zombi

  1. fadz berkata:

    wo hoooo, terima kasih, terima kasih:)

  2. warisjagat berkata:

    Salam,
    Sama-sama.

  3. ibnuariff berkata:

    Salam, apa khabar? Apa cerita novel saudara?😀

  4. warisjagat berkata:

    @ibnuariff
    Alaikumsalam,
    Oh, masih dalam pembikinan setelah lama (terlalu lama!)ditinggalkan.

  5. najibah berkata:

    Salam Waris Jagat, terima kasih berkunjung ke Bukuria. Hari tu ada singgah ke sini, tapi tak sempat tinggalkan jejak🙂.

  6. […] Super Si Waris Jagat Tentang buku dan pena « Saintis dan Zombi Antara Pedang dan Tulang Besi Jun 3, […]

  7. […] Saga Horizon lebih hampir kepada Dune, Terminator dan Neuromancer daripada Mad Max. Berbeza dengan Jian sebelum ini, Fadli telah menghasilkan “raksasa” yang berlainan. Bak kata rakan saya yang […]

  8. ADIPEX berkata:

    Pretty! This has been a really wonderful article.
    Many thanks for providing this information.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: