Si Rambut Hijau dan Bunga Kenanga**

Saya tidak akan beri alasan mengapa blog ini lama tidak dikemaskini. Hakikatnya ialah saya kemalasan dua sepanjang dua tiga bulan ini. Saya berharap untuk mengubah perkara ini. Jadi saya ambil masa (dan memaksa diri) untuk menulis ‘spotlight’ terbaru. Ini ialah sebuah ‘spotlight’ dan bukannya sebuah ulasan, jadi anda akan hanya akan dapat baca apa yang saya suka tentang sesebuah buku yang saya telah baca. Sila pergi ke pautan ulasan di bahagian maklumat buku untuk mendapatkan ulasan (yang lebih baik) daripada pembaca lain yang sempat saya temui di internet.

Tajuk: Transgenesis
Penulis: Amir Husaini
Penerbit: PTS Fortuna
Bil. Mukasurat : 376 halaman
Harga: RM 24.00 / RM 27.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: 9879675136023
Blog Rasmi Amir Husaini
Biodata Amir Husaini
Laman Web Rasmi PTS
Ulasan Transgenesis DI SINIDI SINI, dan DI SINI,
Beli Transgenesis DI SINI

Sinopsis (dari laman web PTS):

Teknologi memindahkan genetik haiwan dan tumbuhan kepada embrio yang diklonkan daripada manusia sudah ditemui. Kini pakar genetik boleh mencipta manusia dengan kelebihan istimewa. Manusia dengan deria hidu sensitif seperti anjing, misalnya. Ataupun, manusia yang boleh menghasilkan makanan sendiri melalui fotosintesis. Inilah yang dilakukan oleh pakar genetik di Institut Trans-DNA, secara rahsia.

Sehinggalah segala-galanya terbongkar, apabila subjek eksperimen yang terbebas dari makmal mula membunuh orang awam….

Dalam Transgenesis: Bisikan Rimba, Amir Husaini menggabungkan bakat penulisan luar biasa dan pengetahuan saintifik menakjubkan bagi menghasilkan fiksyen sains thriller yang hebat lagi mendebarkan!

Transgenesis ialah sebuah sai fai tentang sebuah eksperimen yang gagal atau jadi huru hara (macam yang selalu ditulis oleh Michael Crichton*). Apabila eksperimen gagal ini mula mengorbankan nyawa, maka beberapa orang yang berkepentingan mula cuba untuk menyembunyikan hakikat ini. Walaubagaimanapun, ada pula pihak lain yang cuba untuk membongkar misteri ini.

Transgenesis memaparkan pandangan kedua-dua pihak (dan juga ‘hasil-hasil’ eksperimen tersebut). Oleh itu kita tahu motivasi semua pihak. Antagonis dan protagonis digarap supaya kita memahami mengapa mereka melakukan apa yang mereka lakukan. Mungkin ini akan sedikit menghilangkan elemen misteri dalam penceritaan tetapi percayalah bahawa banyak lagi yang disembunyikan oleh Amir Husaini.

Transgenesis ialah sebuah sai fai dan ini ditunjukkan dengan banyak perbualan antara watak tentang cabang sains biologi dan genetik (tidak lupa juga etika). Sebuah sai fai yang baik (pada pendapat saya) mestilah menyertakan persoalan falsafah dan Trangenesis juga tidak menghampakan saya dalam perkara ini.

Di samping itu, Amir Husaini tidak lupa memasukkan elemen islamik serta ketuhanan dalam Transgenesis. Saya yang terdedah dengan sai fai barat harus akui bahawa sedikit janggal dengan campuran ini. Ini ialah percubaan yang berani. Pada masa sai fai barat sangat memusuhi agama, elemen keagamaan adalah satu yang agak menyegarkan dan juga memberi satu identiti kepada sai fai melayu.

Apa yang saya juga suka dengan Trangenesis ialah kejutan yang diberikan pada penghujung cerita. Saya memang tidak sangka bahawa kisah ini akan bersambung, walaupun sebenarnya cerita yang terkandung di dalam buku ini sendiri ‘self contained’. Babak ala Sherlock Holmes pada penghujung juga memang sangat sureal buat saya.

Transgenesis ialah sebuah bacaan yang baik serta mempunyai identitinya tersendiri dengan mesej islamik dan moralnya. Ceritanya lancar dan penuh misteri. Tahniah Amir Husaini!

*Michael Crichton selalu menghasilkan karya sai fai yang bertemakan “Frankenstein”. Sains yang cuba bertindak seperti Tuhan akan selalunya membawa kemusnahan (lihat Jurassic Park dan Timeline).

**Si Rambut Hijau dan Bunga Kenanga? Nampaknya saya sudah hilang sentuhan….

10 thoughts on “Si Rambut Hijau dan Bunga Kenanga**

  1. sf berkata:

    Aku tak sempat lagi baca cerita ni, tapi feed back yang aku dapat dari 2,3 org member dan resensi kata menarik cerita ni …

    Ni resensi kat blog aku tapi sendiri tak baca lagi … hehehe, yg ni member aku bikin ..
    http://ketikamembaca.blogspot.com/2008/07/transgenesis.html#links

  2. Amir Husaini berkata:

    Salam saudara, terima kasih kerana sudi membaca dan mengulas “Transgenesis: Bisikan Rimba”. Mohon izin untuk diulang siar di blog saya.

    Terima kasih.

  3. warisjagat berkata:

    Salam,
    @Saudara Amir Husaini – Silakan, silakan.
    @sf – Saya sudah kemaskini link ulasan pada artikel untuk masukkan sekali link ulasan anda.

  4. Welma La'anda berkata:

    Apa yang membuatkan saya tidak boleh melupakan Transgenesis ialah taktik penulis yang selalu membuat saya silap teka. Sebuah karya yang biasa tetapi menarik yang penuh dengann unsur moral dan pengajaran.

  5. warisjagat berkata:

    Salam
    @ Welma La’anda
    Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen.

  6. Siti Nazirah berkata:

    Kepada saudara Amir Husaini,saya sudahpun membaca “transgenesis:bisikan rimba” ini..oleh kerana terlalu tertarik dengan ceritanya,jadi saya pun mencadangkan buku ini kepada mak saya dan beberapa orang rakan saya.Ternya mereka turut meminati cerita ini walaupun baru 2 orang yang sudah membacanya tidak termasuk mak saya.Sukar bagi saya meyakinkan rakan-rakan saya yang lain kerana mereka kurang tertarik jika penulis lelaki yang mengarang buku.Bagi saya,mereka sangat rugi kerana tidak membacanya terlebih dahulu sedangkan 2 orang rakan saya tadi begitu meminatinya.Di sini saya ingin bertanya,bila saudara ingin menyambung cerita ini kerana mak saya begitu tertarik hingga dia berkata begini “adik,kalau ada sambungan cerita ni,mak sanggup bagi adik duit beli buku tu” menunjukkan mak saya begitu tertarik membaca buku saudara sedangkan selama ini saya harus berjimat dengan duit belanja saya di sekolah untuk membeli buku cerita.Saya pun masih tertanya-tanya bila agaknya buku ini akan bersambung?Saya harap saudara tidak menghampakan peminat-peminat saudara di luar sana..Wassalam..

  7. warisjagat berkata:

    Salam,
    @ Siti Nazirah,
    Terima kasih kerana sudi membaca dan memberi komen. Komen anda telah saya hantar ke blog saudara Amir Husaini di http://ombaksenja.blogspot.com/

  8. Amir Husaini berkata:

    Salam,

    Terima kasih saudara WarisJagat kerana memanjangkan komen adik Siti Nazirah kepada saya.

    Kepada adik Siti Nazirah dan semua yang bertanya dan tertanya-tanya, memang benar “Transgenesis: Bisikan Rimba” ada sambungannya. Semasa saya merangka kisah ini, saya rancangkan Transgenesis sebagai satu trilogi. Transgenesis 2 akan menemui pembaca pada 2009 manakala Transgenesis 3 pada 2010.

  9. nor syahirah berkata:

    salam..
    sy bru je baca novel ni..
    agak ketinggalan la ye
    itu pun buku ni dipinjam dari rakan..
    ternyata buku ini sgt menarik minat sy..
    sy memang gemar membaca novel2 ni
    tp sy xpnh membelinya
    tp karya ini berjaya membuat saya berniat untuk membeli sambungannya..
    kiranya ia cukup menarik minat sy.huhu..
    so, sy nk tau la, siri ke-2 sudah ada dipasaran ke tdk?
    n bila siri ke-3 akan keluar?
    pd 2010 right?

    • warisjagat berkata:

      Alaikumsalam Nor Syahirah
      Dalam entri terakhir di blog Tuan Amir Husaini, beliau menyatakan bahawa beliau terpaksa menulis balik sekuel Bisikan Rimba kerana tidak puas hati dengan tulisan asalnya. Bila akan siap? Perlu tanya dengan tuan empunya badan. Tuan Amir mungkin boleh dihubungi di blognya, http://ombaksenja.blogspot.com/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: