Category Archives: Uncategorized

Sudah terbit dan berada di pasaran (kecuali di Sarawak!)

Saya sedang menunggu buku ini untuk dijual di bandar Kuching. Buku sulung dari sahabat saya Azrul Jaini yang juga  berasal dari Sarawak. Rasanya buku ini sudah berada di kedai-kedai buku di semenanjung, tetapi seperti biasa sungguh lambat hendak sampai di Sarawak. Kenapa tidak beli secara online? Saya ada sebab saya tersendiri. Tahniah buat Saudara Azrul kerana berjaya juga menghasilkan sebuah karya sai fai dan sekaligus mewarnai dunia buku Malaysia.

Sinopsis:

Galaksi Muhsinin adalah satu umat. Mereka berbilang bangsa tetapi bersatu. Mereka maju tetapi bertakwa kepada Tuhan.  Misi mereka cuma satu: menyebarkan rahmat ke serata alam.

Tahun 2205. Keamanan galaksi ini mula tergugat. Orang Zion sentiasa mengintai peluang. Liga Lanun mahukan maruah  mereka kembali. Maharaja Legion pula berikrar melunaskan sumpah maharaja Empayar Sibernatik Cyborg yang pertama.

Konflik tercetus apabila salah sebuah planet yang berlindung di bawah Galaksi Muhsinin cuba dijajah oleh pihak musuh.  Konflik dilanjutkan lagi apabila kapal angkasa yang membawa rombongan haji hilang selepas diserang oleh pasukan yang  tidak dikenali.

Kemakmuran yang dahulunya tiada tolok banding kini di ambang kehancuran. Di bawah kepimpinan Khalifah Zulqarnain,  mampukah Detasmen Mujahidin Elit ke-15 mempertahankan kedaulatan galaksi?”

Blog Rasmi Azrul Jaini DI SINI 
Beli Galaksi Muhsinin DI SINI 
Baca Prolog Galaksi Muhsinin DI SINI 

Sumber Kulit Buku: Bookcafe.com.my

Di tag , , ,

Dari Halloween ke Room 13

Menjelang Halloween, hampir semua laman web yang saya selalu pergi kecoh dengan sambutan berkenaan dengan menghidangkan artikel mengenai hantu dan apa sahaja yang ada sifat-sifat hantu. Cinematical.com (laman web tentang filem yang saya paling suka selepas Joblo.com), hampir setiap hari mamaparkan senarai-senarai filem horror dengan kategori seperti filem “Hottest Chicks of Horror” kepada “Halloween Flicks That Could Ruin Relationships”. Laman web permainan video seperti Kotaku.com dan Joystiq.com pula mengadakan pertandingan mengukir labu (pumpkin).

Ketika ribut inilah saya ketemu link untuk artikel yang menarik bertajuk “Top 15 Most Famous Ghost Pictures”. Saya dapati yang gambar-gambar yang dipaparkan tidaklah seram sehingga saya baca deskripsi di bawah setiap gambar! Saya selalu dengar pendapat bahawa manusia takut akan apa yang dia tidak ketahui, tetapi kali ini yang sebaliknya pula berlaku. Perasaan seram ini membuat saya berfikir tentang perasaan yang sama ketika membaca buku.

2007-10-31_120230.jpg
Tidak seram… sehinggalah anda baca deskripsinya

Buku paling seram yang saya pernah baca bukanlah sebuah buku fiksyen tetapi sebuah buku non-fikyen (bergantung pada pendapat anda tentang perkara ini) yang saya tidak ingat tajuknya. Tetapi saya masih ingat yang buku tersebut ialah sebuah buku berkenaan perkara paranormal khususnya kes-kes hantu, rumah hantu, poltergeist dan lain-lain. Ada beberapa artikel tentang rumah hantu dan sebab-sebab rumah tersebut berhantu benar-benar menaikkan bulu roma saya. Ya, sebuah buku non-fiksyen, kumpulan artikel-artikel dan fakta telah berjaya menakutkan saya.

Tetapi buku fiksyen juga boleh menyeramkan. Ketika masih remaja, saya dan abang saya suka membeli buku cerita bahasa inggeris yang telah diringkaskan (abridged) menggunakan duit poket yang kami kongsi (ada kisah menarik tentang perkara ini, akan saya ceritakan lain kali). Antara buku-buku yang kami beli ialah Dracula, Frankenstein dan dua koleksi cerita seram pendek yang sekali lagi saya telah lupa tajuknya. Salah satu koleksi cerita pendek tersebut ialah dari Bram Stoker, dan salah satu cerita pendeknya yang berjudul “The Judge’s House” benar-benar menyeramkan saya ketika itu. Anda boleh baca ia di sini. Koleksi cerita pendek kedua bertajuk Room 13 (bukan Room 13 dari Robert Swindells, tetapi saya rasa Edgar Wallace), koleksi cerita seram daripada seorang penulis yang saya sudah lupa namanya. Cerita pertama dari koleksi tersebut bertajuk Room 13 juga berjaya membuat darah muda saya ketika itu beku kerana seram sejuk.

Penulis Fantasi Terkenal Robert Jordan Meninggal Dunia

Robert Jordan (1948-2007) R.I.P

Robert Jordan

Penulis novel fantasi terkenal Robert Jordan (nama sebenar James Oliver Rigney Jr.) meninggal Ahad lalu selepas berjuang menentang penyakit darah amyloidosis selama beberapa tahun.

Sesiapa yang minat genre novel fantasi tentu kenal akan Robert Jordan melalui siri novel fantasi popularnya Wheel of Time. Beliau juga ada menulis beberapa cerita untuk siri Conan The Barbarian.

Siri Wheel of Time sangat istimewa buat saya kerana buku pertama dalam siri tersebut The Eye of The World ialah antara novel fantasi pertama yang saya beli dan baca (Lone Wolf tidak boleh dikira sebagai novel). Ketika itu saya masih belajar di universiti. Tetapi gabungan faktor monetari (elaun biasiswa perlu dibelanjakan untuk makan) dan cerita yang tidak menarik perhatian saya, membuat saya berhenti membaca sekitar buku ketiga atau keempat.

Walaubagaimanapun takziah saya ucapkan pada keluarga beliau dan peminat beliau. Nasib baik beliau sempat outlinekan penamat siri Wheel of Time sebelum meninggal dunia. Jika tidak, saya hanya boleh katakan “You’re screwed!” kepada peminat WoT.